Friday, January 20, 2017

EOperasi Guru: Kemaskini Untuk Memudahkan Kenaikan Pangkat Dan EGTukar


Para guru dikehendaki mengemaskini maklumat dalam eoperasi guru untuk memudah dan melancarkan lagi urusan kenaikan guru dan perpindahan sekolah. Sekiranya eoperasi guru tidak sama, sistem akan 'hold' kenaikan pangkat dan urusan pemindahan ke sekolah lain. Untuk masuk ke sistem eoperasi guru, sila klik https://eoperasi.moe.gov.my/

Monday, January 16, 2017

Takaful Sekolah 2017 : Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Dilancarkan Mulai 2017

Berita baik kepada semua murid pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah kerana KPM telah melancarkan TPSM iaitu skim insurans untuk pelajar (Islamik). Kerajaan membayarkan yuran insurans ini bagi pihak pelajar kepada Takaful Malaysia Berhad. Insurans ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017.

Manfaat perlindungan ini meliputi kemalangan akibat kemalangan RM5000, lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan RM22000, terpisah atau putus anggota dari badan atau kehilangan penglihatan akibat kemalangan sehingga RM22000 (jika salah satu RM11000), khairat kematian RM1500, elaun tunai hospital RM25 sehari sehingga 60 hari dan elaun kerusi roda sebanyak RM1000.

Untuk mendapatkan surat pekeliling KPM tentang TPSM 2017, sila klik LINK INI.


Untuk mendapatkan Sijil TPSM dan senarai manfaat perlindungan TPSM, sila klik LINK INI.


Untuk mengetahui Tatacara Menuntut peruntukan TPSM, sila klik LINK INI.

Tarikh-Tarikh Peperiksaan Sekolah Rendah Dan Menengah KPM 2017

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan dan pentaksiran sekolah rendah dan sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017:

1. Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2017:
  • Ujian Lisan [17 Jun 2017 hingga 1 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis [6 Jun 2017 hingga 8 Jun 2017].
2. Tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017:
  • Ujian Bertulis [11 September 2017 hingga 14 September 2017, dan 18 September 2017].
3. Tarik Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3 ):
  • Ujian Pelbagai Instrumen Geografi [2 Mei 2017 hingga 26 Mei 2017].
  • Ujian Pelbagai Instrumen Sejarah [9 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017].
  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab [2 April 2017 hingga 30 April 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu [22 Ogos 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Inggeris [23 Ogos 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Arab KBD [24 Ogos 2017].
  • Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran KBT [10 September 2017 hingga 22 September 2017].
  • Ujian Bertulis PT3 Semua Subjek [9 Oktober 2017 hingga 12 Oktober 2017].
4. Tarikh Peperiksaan Pentaksiran Asas Vokasional (PAV) 2017
  • 9 Oktober 2017
  • 10 Oktober 2017
  • 11 Oktober 2017
5. Tarikh Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017:
  • Kerja Kursus [1 Mac 2017 hingga 31 Julai 2017].
  • Ujian Lisan [17 Julai 2017 hingga 27 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis [23 Oktober 2017, 25 Oktober 2017, 30 Oktober 2017, 31 Oktober 2017 dan 1 November 2017]
6. Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017:
  • Ujian Lisan [12 Jun 2017 hingga 1 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis SPM [6 November 2017 hingga 4 Disember 2017].

Sunday, January 15, 2017

Keperluan etukar Bukan Guru

Etukar Bukar Guru adalah satu portal yang disediakan oleh KPM bertujuan memudahkan pemindahan kakitangan bukan mengajar antara institusi pendidikan. Etukar berbeza dengan egtukar. Sila klik pada gambar di bawah untuk masuk ke etukar Bukan Guru.

Untuk memastikan kelancaran proses permohonan etukar Bukan Guru, sila sediakan maklumat berikut. Sila pastikan anda telah buat salinan dan disahkan oleh majikan. Kemudian scan (bukan ambil gambar dari hp) menggunakan scanner, save file dan upload keperluan yang dikehendaki (jika diminta upload).

  • sijil pendaftaran perkahwinan/nikah (sekiranya anda telah berkahwin)
  • surat pengesahan majikan pasangan (sekiranya anda telah berkahwin)
  • surat pengesahan doktor (jika anda berpindah atas alasan kesihatan/ ibubapa)
  • surat daftar perceraian / kematian (jika anda ibu tunggal /bapa tunggal/janda/duda)
  • surat kelahiran anak (bukti kelahiran anak)
  • laporan polis (sekiranya anda hadapi ancaman/bahaya)
  • dan lain-lain dokumen yang dirasakan perlu.
Sila klik link dini untuk masuk ke portal Sitem Pengurusan Pertukaran Bukan Guru KPM

Dikemaskini pada : 19 Februari 2020

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Malaysia SAPS

Guru menggunakan SAPS untuk mengisi markah ujian awal tahun, markah peperiksaan pertengahan tahun dan markah peperiksaan akhir tahun. Guru juga dapat menentukan bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Apabila markah sudah siap diisi, sistem SAPS akan membolehkan para guru mencetak keputusan pelajar.

Ibubapa dan pelajar pula menggunakan SAPS untuk melihat keputusan peperiksaan yang terkini. Dari situ mereka akan dapat keputusan peperiksaan yang lebih cepat. Ini kerana pihak sekolah hanya akan memberikan slip keputusan peperiksaan kepada ibubapa apabila perjumpaan diadakan.

Untuk menggunakan sistem SAPS para guru sila klik link ini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Guru)

Manakala untuk ibubapa dan pelajar, sila klik link ini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Ibu Bapa)

Dikemaskini pada 19 Februari 2020.

Standard Pembelajaran Matematik Tingkatan 1

Mulai 2017, Matematik tingkatan 1 tidak lagi menggunakan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran. Sebaliknya menggunakan SP iaitu Standard Pembelajaran. Maka SP sama dengan Hasil Pembelajaran Matematik Tingkatan 1 sebelum ini. Bezanya telah di'upgrade'.

Sebagai pelajar, anda hendaklah kenalpasti apakah SP bagi subjek Matematik. Cetak dan tampal di meja study anda. Belajarlah mengikut SP. Apabila anda sudah kuasai sesuatu SP, buat tanda / menandakan sudah kuasai. Apabila ada SP yang sukar dikuasai, segera berjumpa dengan guru Matematik anda.

Ini kerana Matematik KSSM 2017 tingkatan 1 tidak sama dengan Matematik KBSM 2016. Dalam Matematik KSSM 2017, terdapat bab-bab dari tingkatan 2 diintegrasikan ke dalam Standard Kandungan Matematik tingkatan 1.

Berikut adalah SK iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan DSKP KSSM Matematik Tingkatan 1 2017:

Nota:

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah
DSKP - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
SP - Standard Prestasi

1.1 Integer:

  • Mengenal nombor positif dan nombor negatif berdasarkan situasi sebenar.
  • Mengenal dan memerihalkan integer.
  • Mewakilkan integer pada garis nombor dan membuat perkaitan antara nilai integer dengan kedudukan integer tersebut berbanding integer lain pada garis nombor
  • Membanding dan menyusun integer mengikut tertib
1.2 Operasi asas aritmetik yang melibatkan integer:
  • Menambah dan menolak integer menggunakan garis nombor
Dapatkan DSKP Matematik Tingkatan 1 KSSM yang penuh dengan klik ini

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 20...