Sunday, January 15, 2017

Standard Pembelajaran Matematik Tingkatan 1

Mulai 2017, Matematik tingkatan 1 tidak lagi menggunakan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran. Sebaliknya menggunakan SP iaitu Standard Pembelajaran. Maka SP sama dengan Hasil Pembelajaran Matematik Tingkatan 1 sebelum ini. Bezanya telah di'upgrade'.

Sebagai pelajar, anda hendaklah kenalpasti apakah SP bagi subjek Matematik. Cetak dan tampal di meja study anda. Belajarlah mengikut SP. Apabila anda sudah kuasai sesuatu SP, buat tanda / menandakan sudah kuasai. Apabila ada SP yang sukar dikuasai, segera berjumpa dengan guru Matematik anda.

Ini kerana Matematik KSSM 2017 tingkatan 1 tidak sama dengan Matematik KBSM 2016. Dalam Matematik KSSM 2017, terdapat bab-bab dari tingkatan 2 diintegrasikan ke dalam Standard Kandungan Matematik tingkatan 1.

Berikut adalah SK iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan DSKP KSSM Matematik Tingkatan 1 2017:

Nota:

KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah
DSKP - Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
SP - Standard Prestasi

1.1 Integer:

  • Mengenal nombor positif dan nombor negatif berdasarkan situasi sebenar.
  • Mengenal dan memerihalkan integer.
  • Mewakilkan integer pada garis nombor dan membuat perkaitan antara nilai integer dengan kedudukan integer tersebut berbanding integer lain pada garis nombor
  • Membanding dan menyusun integer mengikut tertib
1.2 Operasi asas aritmetik yang melibatkan integer:
  • Menambah dan menolak integer menggunakan garis nombor
Dapatkan DSKP Matematik Tingkatan 1 KSSM yang penuh dengan klik ini

No comments:

Post a Comment

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 20...