Sunday, January 15, 2017

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Malaysia SAPS

Guru menggunakan SAPS untuk mengisi markah ujian awal tahun, markah peperiksaan pertengahan tahun dan markah peperiksaan akhir tahun. Guru juga dapat menentukan bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Apabila markah sudah siap diisi, sistem SAPS akan membolehkan para guru mencetak keputusan pelajar.

Ibubapa dan pelajar pula menggunakan SAPS untuk melihat keputusan peperiksaan yang terkini. Dari situ mereka akan dapat keputusan peperiksaan yang lebih cepat. Ini kerana pihak sekolah hanya akan memberikan slip keputusan peperiksaan kepada ibubapa apabila perjumpaan diadakan.

Untuk menggunakan sistem SAPS para guru sila klik link ini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Guru)

Manakala untuk ibubapa dan pelajar, sila klik link ini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (Ibu Bapa)

Dikemaskini pada 19 Februari 2020.

1 comment:

  1. Pengguna SAPS ibubapa mungkin terdedah kepada bahaya maklumat anak mereka disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab?

    ReplyDelete

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 20...