Saturday, April 15, 2023

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh / SMKA Adalah Melalui Online

 Sekarang kita tidak lagi memohon menggunakan kertas. Semuanya secara online. Sudah lama teringin masukkan anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tapi tak tahu bagaimana caranya? Boleh lah baca di sini.


Pertama sekali kita hendaklah online. Terdapat dua kemasukan. Pertama kemasukan ke Tingkatan Satu. Kedua kemasukan ke Tingkatan 4. Pastikan anda menggunakan link yang betul.


Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Khusus. https://spskt1.moe.gov.my/

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Empat Sekolah Khusus. https://spskt1.moe.gov.my/

Ibu bapa dan penjaga hendaklah selalu memeriksa laman web di atas untuk mendapatkan tarikh-tarikh penting. Tarikh-tarikh penting tersebut antaranya tentang :


  1. Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Khusus (SBP / SMKA)
  2. Tarikh anak menjalani Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK)
  3. Tarikh Temuduga (jika melibatkan sekolah tertentu)
  4. Tarikh Semakan Tawaran Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Khusus (SBP / SMKA)
  5. Tarikh Membuat Rayuan (sekiranya tidak berjaya masih boleh buat rayuan, semuanya dari link di atas)
  6. Tarikh Keputusan Rayuan

Adalah diingatkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh / SMKA ini hendaklah melalui link di atas. Tiada walk in atau rayuan secara manual. Semuanya dilakukan secara online.


Okay sekarang kita bincangkan bagaimana untuk memohon. Permohonan boleh dilakukan oleh murid sendiri, ibubapa atau guru di sekolah. Biasanya dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling. AMatlah penting memastikan memohon dan memasukkan nombor kad pengenalan yang betul. Permohonan biasanya dilakukan pada tahun sebelum mendaftar tingkatan 1 / 4. Maksudnya untuk masuk ke Tingkatan 1, hendaklah memohon dalam talian semasa murid masih di Tahun 6 sekolah rendah lagi. Manakala untuk masuk ke Tingkatan 4, hendaklah memohon dalam talian semasa murid masih di Tingkatan 3.


Sekiranya seseorang murid itu sedang belajar di SMKA (tingkatan 1 – 3), boleh memohon untuk masuk ke SBP seperti Sekolah Menengah Sains Tingkatan 4. Syaratnya hendaklah memohon semasa tingkatan 3. Sila simpan link di atas dan periksa setiap bulan untuk mengelakkan berlakunya kekesalan di kemudian hari akibat tidak memohon secara online (rayuan manual akan ditolak jika tidak memohon secara atas talian).


Selepas mendaftar dan memohon, tunggu pemberitahuan untuk menjalani ujian PKSK. Ia adalah sejenis pentaksiran untuk memastikan sama ada murid layak atau tidak memasuki mana-mana sekolah khusus yang dipohon. Nama penuh bagi pentaksiran/peperiksaan ini adalah Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus atau singkatannya PKSK.


Di mana PKSK akan dilakukan? Ia akan dilakukan pada sekolah tertentu pada setiap daerah. Pentaksiran ini berjalan serentak satu negara lebih kurang dalam 7 hari. Sepanjang tempoh 7 hari itu, sekiranya murid menghadapi masalah untuk hadir atau ingin menukar pusat pentaksiran, ia boleh dilakukan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau terus kepada Ketua Pentadbir Pentaksiran (KPP) yang mengatur pentaksiran tersebut. Bukan sahaja boleh menukar pusat pentaksiran malah boleh tukar tarikh pentaksiran dalam tempoh tersebut. Yang penting ia tidak di luar waktu tempoh yang ditetapkan kerana peraturan yang ditetapkan. Ia bagi mengelakkan huru hara berlaku akibat ketidaktentuan yang mungkin berlaku. Sila pastikan ibubapa dan penjaga memaklumkan permohonan perubahan ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah / tertinggal menjalani PKSK. Semakan tempat PKSK ini dilakukan dari link di atas.


Semasa menjalani PKSK, murid hendaklah membawa alat tulis, kalkulator dan memakai pakaian sekolah. Murid akan menjawab karangan Bahasa Melayu. Kemudian akan menjawab soalan berkomputer di makmal komputer pusat pentaksiran berkenaan. Terdapat 100 soalan semuanya meliputi soalan personaliti, soalan IQ, soalan Matematik, soalan umum dan lain-lain.


Setelah menjalani PKSK, ibubapa murid dan penjaga hendaklah sentiasa memeriksa link yang diberikan di atas untuk memeriksa keputusan permohonan. Bagi kemasukan sekolah tertentu seperti sekolah tahfiz atau Ulul Albab, murid akan menjalani ujian hafazan Al Quran. Murid akan diberi helaian muka surat tertentu dan dikehendaki menghafal dalam satu tempoh masa yang ditetapkan (contoh). Kemudian murid akan diuji tahap dan kemampuan hafalannya. Pentaksiran ini akan berubah mengikut keperluan semasa. Yang penting murid hendaklah dilatih sejak di rumah lagi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah melatih murid membaca dan menghafal ayat-ayat Al Quran yang akan diberi secara rawak.


Bagi kemasukan ke Maktab Diraja atau sekolah khas lain juga akan membuat temuduga menggunakan cara yang ditentukan (mengikut keperluan semasa).


Bagi mereka yang gagal dalam permohonan kemasukan ke SBP atau SMKA, jangan bersedih. Anda boleh membuat rayuan kerana tidak semua murid yang menerima tawaran akan setuju dan menerima tawaran tersebut. Oleh itu akan wujud kekosongan setelah sebulan dua. Maka kekalkan momentum anda dan jangan lupa sentiasa periksa status permohonan anda di link di atas. Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 20...