Saturday, April 15, 2023

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 2023? Ok mari kita semak tarikh-tarikh di bawah:


  1. GAJI JANUARI 2023 - 17.01.2023 (Selasa) Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
  2. GAJI FEBRUARI 2023 - 24.02.2023 (Jumaat)
  3. GAJI MAC 2023 - 24.03.2023 (Jumaat)
  4. GAJI APRIL 2023 - 17.04.2023 (Isnin) Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)
  5. GAJI MEI 2023 - 25.05.2023 (Khamis) Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
  6. GAJI JUN 2023 - 23.06.2023 (Jumaat) Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat), Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
  7. GAJI JULAI 2023 - 25.07.2023 (Selasa)
  8. GAJI OGOS 2023 - 25.08.2023 (Jumaat)
  9. GAJI SEPTEMBER 2023 - 25.09.2023 (Isnin)
  10. GAJI OKTOBER 2023 - 25.10.2023 (Rabu)
  11. GAJI NOVEMBER 2023 - 24.11.2023 (Jumaat) Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad)
  12. GAJI DISEMBER 2023 - 19.12.2018 (Selasa) Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin)

Sumber dipetik dari : http://www.anm.gov.my/perkhidmatan/pembayaran-gaji

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh / SMKA Adalah Melalui Online

 Sekarang kita tidak lagi memohon menggunakan kertas. Semuanya secara online. Sudah lama teringin masukkan anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tapi tak tahu bagaimana caranya? Boleh lah baca di sini.


Pertama sekali kita hendaklah online. Terdapat dua kemasukan. Pertama kemasukan ke Tingkatan Satu. Kedua kemasukan ke Tingkatan 4. Pastikan anda menggunakan link yang betul.


Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Khusus. https://spskt1.moe.gov.my/

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Empat Sekolah Khusus. https://spskt1.moe.gov.my/

Ibu bapa dan penjaga hendaklah selalu memeriksa laman web di atas untuk mendapatkan tarikh-tarikh penting. Tarikh-tarikh penting tersebut antaranya tentang :


  1. Tarikh Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Khusus (SBP / SMKA)
  2. Tarikh anak menjalani Pentaksiran Kemasukan Ke Sekolah Khusus (PKSK)
  3. Tarikh Temuduga (jika melibatkan sekolah tertentu)
  4. Tarikh Semakan Tawaran Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 / Tingkatan 4 Sekolah Khusus (SBP / SMKA)
  5. Tarikh Membuat Rayuan (sekiranya tidak berjaya masih boleh buat rayuan, semuanya dari link di atas)
  6. Tarikh Keputusan Rayuan

Adalah diingatkan kemasukan ke sekolah berasrama penuh / SMKA ini hendaklah melalui link di atas. Tiada walk in atau rayuan secara manual. Semuanya dilakukan secara online.


Okay sekarang kita bincangkan bagaimana untuk memohon. Permohonan boleh dilakukan oleh murid sendiri, ibubapa atau guru di sekolah. Biasanya dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling. AMatlah penting memastikan memohon dan memasukkan nombor kad pengenalan yang betul. Permohonan biasanya dilakukan pada tahun sebelum mendaftar tingkatan 1 / 4. Maksudnya untuk masuk ke Tingkatan 1, hendaklah memohon dalam talian semasa murid masih di Tahun 6 sekolah rendah lagi. Manakala untuk masuk ke Tingkatan 4, hendaklah memohon dalam talian semasa murid masih di Tingkatan 3.


Sekiranya seseorang murid itu sedang belajar di SMKA (tingkatan 1 – 3), boleh memohon untuk masuk ke SBP seperti Sekolah Menengah Sains Tingkatan 4. Syaratnya hendaklah memohon semasa tingkatan 3. Sila simpan link di atas dan periksa setiap bulan untuk mengelakkan berlakunya kekesalan di kemudian hari akibat tidak memohon secara online (rayuan manual akan ditolak jika tidak memohon secara atas talian).


Selepas mendaftar dan memohon, tunggu pemberitahuan untuk menjalani ujian PKSK. Ia adalah sejenis pentaksiran untuk memastikan sama ada murid layak atau tidak memasuki mana-mana sekolah khusus yang dipohon. Nama penuh bagi pentaksiran/peperiksaan ini adalah Pentaksiran Kemasukan ke Sekolah Khusus atau singkatannya PKSK.


Di mana PKSK akan dilakukan? Ia akan dilakukan pada sekolah tertentu pada setiap daerah. Pentaksiran ini berjalan serentak satu negara lebih kurang dalam 7 hari. Sepanjang tempoh 7 hari itu, sekiranya murid menghadapi masalah untuk hadir atau ingin menukar pusat pentaksiran, ia boleh dilakukan dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau terus kepada Ketua Pentadbir Pentaksiran (KPP) yang mengatur pentaksiran tersebut. Bukan sahaja boleh menukar pusat pentaksiran malah boleh tukar tarikh pentaksiran dalam tempoh tersebut. Yang penting ia tidak di luar waktu tempoh yang ditetapkan kerana peraturan yang ditetapkan. Ia bagi mengelakkan huru hara berlaku akibat ketidaktentuan yang mungkin berlaku. Sila pastikan ibubapa dan penjaga memaklumkan permohonan perubahan ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah / tertinggal menjalani PKSK. Semakan tempat PKSK ini dilakukan dari link di atas.


Semasa menjalani PKSK, murid hendaklah membawa alat tulis, kalkulator dan memakai pakaian sekolah. Murid akan menjawab karangan Bahasa Melayu. Kemudian akan menjawab soalan berkomputer di makmal komputer pusat pentaksiran berkenaan. Terdapat 100 soalan semuanya meliputi soalan personaliti, soalan IQ, soalan Matematik, soalan umum dan lain-lain.


Setelah menjalani PKSK, ibubapa murid dan penjaga hendaklah sentiasa memeriksa link yang diberikan di atas untuk memeriksa keputusan permohonan. Bagi kemasukan sekolah tertentu seperti sekolah tahfiz atau Ulul Albab, murid akan menjalani ujian hafazan Al Quran. Murid akan diberi helaian muka surat tertentu dan dikehendaki menghafal dalam satu tempoh masa yang ditetapkan (contoh). Kemudian murid akan diuji tahap dan kemampuan hafalannya. Pentaksiran ini akan berubah mengikut keperluan semasa. Yang penting murid hendaklah dilatih sejak di rumah lagi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah melatih murid membaca dan menghafal ayat-ayat Al Quran yang akan diberi secara rawak.


Bagi kemasukan ke Maktab Diraja atau sekolah khas lain juga akan membuat temuduga menggunakan cara yang ditentukan (mengikut keperluan semasa).


Bagi mereka yang gagal dalam permohonan kemasukan ke SBP atau SMKA, jangan bersedih. Anda boleh membuat rayuan kerana tidak semua murid yang menerima tawaran akan setuju dan menerima tawaran tersebut. Oleh itu akan wujud kekosongan setelah sebulan dua. Maka kekalkan momentum anda dan jangan lupa sentiasa periksa status permohonan anda di link di atas. Semoga berjaya.

Wednesday, April 12, 2023

Login HRMIS dan E-Operasi Kementerian Pendidikan Malaysia : Kemaskini Data Rekod Peribadi

Maklumat login Hrmis dan e-operasi adalah seperti berikut (Sila klik link) :

Hrmis : https://hrmis2.eghrmis.gov.my/

E-Operasi : https://eoperasi.moe.gov.my/

Pendidik yang memerlukan cuti hendaklah memaklumkan kepada ketua jabatan dan kemudian mengisi Hrmis. Setelah mengisi Hrmis hendaklah memaklumkan kepada ketua jabatan untuk mendapatkan kelulusan, barulah boleh bercuti kerana CRK atau MC.

Pendidik juga perlu memastikan data dalam Hrmis adalah berintegriti. Ini boleh disemak melalui Penolong Kanan Pentadbiran. Pendidik perlu membuat semakan semua Elemen Profile Perkhidmatan Data Hrmis adalah 100% berintegriti. Bagi Elemen Profile rekod peribadi yang tidak berintegriti, pendidik perlu mengambil tindakan Kemaskini data peribadi masing-masing. Pastikan mata gaji selaras dengan jumlah dan tarikh PGT yang betul dan terkini.

Semakan Data :

1. Sila semak Data Rekod Peribadi sebelum membuat pengemaskinian.

2. Pendidik yang lupa kata laluan, perlu reset kata laluan sendiri menggunakan email yang telah didaftarkan di dalam sistem Hrmis.

3. Semua maklumat wajib diisi dengan lengkap dan terkini.

4. Maklumat ibubapa wajib didaftarkan jika pendidik berstatus bujang. Maklumat ibubapa juga perlu bagi memudahkan urusan EGL / Rawatan Hospital.

Wednesday, April 5, 2023

Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Tahun 2023

Assalamualaikum. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan makluman tentang Bantuan Awal Persekutuan (BKP) tahun 2023. KPM memaklumkan dalam Surat Pekeliling Kwangan Bil 1 Tahun 2023 nya, ia bertujuan menggariskan peraturan serta tatacara pengurusan BKP di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Surat pekeliling tersebut dikeluarkan sebagai memberi panduan kepada semua peringkat bagi melancarkan proses pengurusan dan pelaksanaan BKP.

Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan merupakan bantuan yang diberi dalam bentuk kewangan sebagai anugerah kecemerlangan bagi murid Tingkatan 1 hingga murid Tingkatan 5, Tahun 1 dan Tahun 2 Kolej Vokasional dan Tingkatan 6 dari golongan keluarga berpendapatan rendah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta mengekalkan tahap disiplin yang baik. Jumlah pendapatan ibu bapa / penjaga utama dan penjaga kedua tidak melebihi RM1,500 sebulan. Manakala murid yang memohon belum menerima sebarang biasiswa atau elaun lain secara bulanan daripada agensi kerajaan atau bukan kerajaan. Paling penting hendaklah terbukti pemohon memang bertaraf warganegara Malaysia dan ini perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan.

Pemohonan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah. Ibubapa yang berasa anaknya layak perlu memaklumkan kepada pihak sekolah. Pihak sekolah pula perlu membuat senarai semak pendapatan ibu bapa / penjaga murid di bawah RM1,500 sebulan yang mempunyai potensi di beri Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan ini. Ibubapa / penjaga boleh menghubungi pihak sekolah bagi memastikan anak mereka mendapat biasiswa ini manakala pihak pengurusan sekolah terutamanya Hal Ehwal Murid perlu memastikan tiada pelajar yang tercicir dari permohonan Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan. Guru kelas pula perlu memastikan APDM mengemakini pendapatan ibubapa / penjaga seawal bulan pertama sesi persekolahan.

Murid yang berjaya akan memperoleh pembayaran BKP melalui pengkreditan ke akaun bank murid. Maka adalah lebih penting untuk murid berkenaan bersedia dengan membuka akaun bank di bank terdekat bagi tujuan mendapatkan bayaran bantuan. Bantuan ditawarkan secara tahunan maka setiap tahun murid yang berkelayakan perlu memohon melalui pihak sekolah.

Kadar bayaran bantuan BKP 2023 bagi setiap murid adalah seperti berikut :

  • Tingkatan 1 hingga tingkatan 4, Tahun 1 Kolej Vokasional : RM70.00 sebulan selama 12 bulan. Jumlah kadar tahunan RM840.00
  • Tingkatan 5, Tahun 2 Kolej Vokasional : RM70 sebulan selama 11 bulan. Jumlah kadar tahunan RM770.00
  • Tingkatan 6 Bawah / STAM : RM90.00 untuk aliran Sastera. RM110.00 untuk aliran Sains. Bayaran selama 7 bulan.
  • Tingkatan 6 Atas : RM90 untuk aliran Sastera. RM110.00 untuk aliran Sains. Bayaran selama 11 bulan.
Download Pekeliling Kewangan 1 Tahun 2023 : Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) - klik di sini 



Friday, January 20, 2017

EOperasi Guru: Kemaskini Untuk Memudahkan Kenaikan Pangkat Dan EGTukar


Para guru dikehendaki mengemaskini maklumat dalam eoperasi guru untuk memudah dan melancarkan lagi urusan kenaikan guru dan perpindahan sekolah. Sekiranya eoperasi guru tidak sama, sistem akan 'hold' kenaikan pangkat dan urusan pemindahan ke sekolah lain. Untuk masuk ke sistem eoperasi guru, sila klik https://eoperasi.moe.gov.my/

Monday, January 16, 2017

Takaful Sekolah 2017 : Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) Dilancarkan Mulai 2017

Berita baik kepada semua murid pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah kerana KPM telah melancarkan TPSM iaitu skim insurans untuk pelajar (Islamik). Kerajaan membayarkan yuran insurans ini bagi pihak pelajar kepada Takaful Malaysia Berhad. Insurans ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017.

Manfaat perlindungan ini meliputi kemalangan akibat kemalangan RM5000, lumpuh berkekalan seluruh badan akibat kemalangan RM22000, terpisah atau putus anggota dari badan atau kehilangan penglihatan akibat kemalangan sehingga RM22000 (jika salah satu RM11000), khairat kematian RM1500, elaun tunai hospital RM25 sehari sehingga 60 hari dan elaun kerusi roda sebanyak RM1000.

Untuk mendapatkan surat pekeliling KPM tentang TPSM 2017, sila klik LINK INI.


Untuk mendapatkan Sijil TPSM dan senarai manfaat perlindungan TPSM, sila klik LINK INI.


Untuk mengetahui Tatacara Menuntut peruntukan TPSM, sila klik LINK INI.

Tarikh-Tarikh Peperiksaan Sekolah Rendah Dan Menengah KPM 2017

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan dan pentaksiran sekolah rendah dan sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2017:

1. Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2017:
  • Ujian Lisan [17 Jun 2017 hingga 1 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis [6 Jun 2017 hingga 8 Jun 2017].
2. Tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017:
  • Ujian Bertulis [11 September 2017 hingga 14 September 2017, dan 18 September 2017].
3. Tarik Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3 ):
  • Ujian Pelbagai Instrumen Geografi [2 Mei 2017 hingga 26 Mei 2017].
  • Ujian Pelbagai Instrumen Sejarah [9 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017].
  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab [2 April 2017 hingga 30 April 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu [22 Ogos 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Inggeris [23 Ogos 2017].
  • Ujian Mendengar Bahasa Arab KBD [24 Ogos 2017].
  • Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran KBT [10 September 2017 hingga 22 September 2017].
  • Ujian Bertulis PT3 Semua Subjek [9 Oktober 2017 hingga 12 Oktober 2017].
4. Tarikh Peperiksaan Pentaksiran Asas Vokasional (PAV) 2017
  • 9 Oktober 2017
  • 10 Oktober 2017
  • 11 Oktober 2017
5. Tarikh Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017:
  • Kerja Kursus [1 Mac 2017 hingga 31 Julai 2017].
  • Ujian Lisan [17 Julai 2017 hingga 27 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis [23 Oktober 2017, 25 Oktober 2017, 30 Oktober 2017, 31 Oktober 2017 dan 1 November 2017]
6. Tarikh Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017:
  • Ujian Lisan [12 Jun 2017 hingga 1 Julai 2017].
  • Ujian Bertulis SPM [6 November 2017 hingga 4 Disember 2017].

TARIKH DAN JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2023

Raya dah dekat, anak nak sekolah, perlu pergi bercuti dan bayar bil elektrik, air, internet. Bila ya tarikh gaji kakitangan awam Malaysia 20...